Monday 2 November 2015

Filled Under:

Ini Panduan Permohonan Loan Kereta Bagi Bekerja Sendiri



Ini Panduan Permohonan Loan Kereta Bagi Bekerja Sendiri


 
Panduan permohonan loan kereta bagi bekerja sendiri guna SSM . Artikel ini pihak kami terbitkan susulan permintaan pembaca mengenai cara permohonan pinjaman kenderaan (Hire Purchase) bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji. Berikut adalah cara permohonan loan kereta bagi yang bekerja sendiri menggunakan sijil pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pentingnya pendaftaran SSM bagi perniagaan anda kerana bank akan minta salinan sijil SSM. Pastikan SSM anda sudah berusia 2 tahun dan keatas.

Boleh mohon menggunakan SSM akaun pemilikan tunggal mahupun SDN BHD atau Enterprise. Jika masih belum mendaftar perniagaan dengan SSM, sila buat dari masa sekarang sebelum terlambat.
Penyata akaun 6 bulan.

Adalah digalakkan menggunakan akaun semasa (current akaun) dan tidak digalakkan menggunakan akaun peribadi atau personal bagi syarikat anda.

Boleh juga menggunakan akaun personal, namun bank akan menyoal anda kenapa tidak menggunakan akaun semasa untuk syarikat. Penggunaan akaun semasa menunjukkan reputasi syarikat anda kearah lebih baik serta anda benar-benar serius terhadap perniagaan anda.

Pastikan keluar masuk duit ke akaun melebihi RM5,000-RM10,000 minimum. Jika melebihi daripada kadar RM50,000 dan 100,000 keluar masuk adalah lebih baik.

Jika kesemua syarat diatas tidak dipatuhi, maka anda memerlukan seorang guarantor atau penjamin yang mempunyai slip gaji untuk memudahkan permohonan anda diluluskan

Sebelum permohonan, pastikan anda tiada rekod CCRIS yang teruk. Seperti lewat pembayaran kad kredit atau lewat pembayaran loan yang terdahulu. Sila semak juga status CTOS atau Blacklist anda di Bank Negara Malaysia (BNM)

Tempoh permohonan lulus loan kereta bagi bekerja sendiri adalah selama 5 hingga 7 hari bekerja.





0 comments:

Post a Comment