Tuesday 3 November 2015

Ini Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ



Ini Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ


Kalau tak tahu baca dulu artikel senarai panduan di bawah ni. Mungkin boleh bantu korang apa yang patut sebelum ubah suai kereta.


PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta 
Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
Pemasangan para bumbung
Pemasangan sun roof di atas bumbung
Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan
Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
Pengubahsuaian ke atas sistem brek
Pengubahsuaian ke atas sistem steering
Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
Penukaran enjin

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ

Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.




Jadi, diharap artikel ni dapat jelaskan kekeliruan tentang ubahsuai kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila tanya dengan abang JPJ




0 comments:

Post a Comment