Monday 2 November 2015

Filled Under:

Ramai Pengunjung Luah Pengalaman Pahit Di Festival #Foodgasm



Ramai Pengunjung Luah Pengalaman Pahit Di Festival #Foodgasm

 

Berlangsungnya Foodgasm Festival yang telah diadakan di Petaling Jaya. Memang trending di Twitter dan Instagram penuh dengan hashtag #foodgasm disebabkan lecak teruk dan macam2 lagi masalah.

Penerangan tentang #foodgasm :

pernahkah anda ke alam kayangan makanan, berlari-lari di taman kudap-kudap mengikuti lorong mistik yang pokok nye berbuahkan Pisang Goreng Cheese seterusnya merintangi sungai coconut shake sambil menunggang Kambing Golek Epic… Ok bukan semua dapat melawat alam fantasi makanan ajaib, tapi jangan kecewa, anda masih boleh dapat mengalami revolusi makanan di FoodGasmFest 2015.


kalau anda tengah membaca post ini sudah tentu anda selalu ke Festival tempatan. Kebanyakan bertemakan Urban Fashion, Vape, Music.. “Menguap”… anda akan mengalami sesuatu yang berbeza kalau ke FoodGasm Fest kerana ia 100% bertemakan makanan. Melebihi 100 vendor makanan, anda tak akan kempunan pilihan. Manis, Masam, Masin, dan Pedas kombinasi terpulang kepada fantasi pemakan sendiri.

Beberapa orang pengunjung meluahkan kekecewaan terhadap penganjuran pesta makanan, Pesta FoodGasm 2015 ekoran kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan sekitar Petaling Jaya.
Program yang bertempat di Dataran Petaling Jaya itu dikatakan sesak kerana ada di kalangan pengunjung yang tidak bertanggungjawab menyekat lalu lintas dengan meletakkan kereta mereka di tepi jalan raya.
Ada juga yang memberitahu terdapat para pengunjung meletakkan kenderaan mereka di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan untuk menghadiri pesta tersebut.
Pengguna Twitter @ahmajiuns meluahkan kekecewaannya kerana terperangkap dalam kesesakan selama satu jam di kawasan itu.
“Foodgasm menyusahkan orang betul. Kejadahnya 1 jam aku sangkut dekat Amcorp Mall ni!.”

Seorang lagi pengguna @wasifahman5 berkata hujan yang melanda ketika pesta itu berlangsung juga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta menjadi mimpi ngeri paling buruk bagi setiap pemandu.
Ada yang menunding jari menyalahkan pihak penganjur dan pihak berkuasa kerana bilangan kawasan letak kereta tidak mencukupi serta kekurangan dalam penguatkuasaan dan kawalan trafik.

Pengguna @geenapalousasz berkata penganjur sepatutnya menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai dan membuat persediaan teliti dalam menguruskan tempat letak kereta.
“Organizers should’ve guessed that this foodgasm thingy would attract a lot of hungry hipsters. Put proper parking lah!.””
“Rela pun aku tengok tak tau nak buat apa dah jem teruk sangat,” kata pengguna Twitter @nasrudinmasad.

Terdapat beberapa pengguna media sosial yang menyarankan agar orang ramai untuk tidak hadir ke pesta makanan ekoran kesesakan lalu lintas.

Pengguna Twitter @athirahnazirah berkata: “Traffic terlalu buruk, dibatalkan rancangan untuk pergi ke Foodgasm.”
Sementara @syhdlkmn berkata: “I give up on you lah foodgasm fest. Jam nokharoom.”










0 comments:

Post a Comment