Monday 2 November 2015

Filled Under:

Ini Pendedahan Kajol Tentang Ajay Yang Mengejutkan


Bintang Bollywood, Kajol baru-baru ini membuat pendedahan eksklusif mengakui bahawa suaminya juga seorang pelakon dan pengarah, Ajay Devgan seorang yang panas baran. Menerusi temubual eksklusif bersama The Anupam Kher Show, aktres Kuch Kuch Hota Hai ini menjelaskan dia tidak pernah sama sekali cuba melawan atau menimbulkan provokasi setiap kali suaminya berada dalam keadaan marah. “Jika suami sedang marah-marah di rumah, semua orang akan cuba menyembunyikan diri. Lebih kasihan sesiapa yang ada bersama Ajay pada waktu itu pasti akan menjadi mangsa untuk dia melepaskan geram,” jelas Kajol. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir 16 tahun, Kajol tetap setia dan mampu mempertahankan hubungan sebagai suami isteri dengan Ajay Devgan. Kajol dan Ajay menjalinkan hubungan cinta pada tahun 1994 sewaktu mereka bekerjasama dalam filem Gundaraj. Lima tahun kemudian mereka memutuskan untuk bernikah dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nysa dan Yug Devgan. Dalam pada itu menerusi temubual berkenaan Kajol turut menceritakan filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang dia bergelar pelakon.
Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada dirinya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga hari ini. "Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya. "Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia masih kekal di hati peminat," katanya. Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH kerana peranan itu dekat di hatinya.




0 comments:

Post a Comment