PETUA MENGHILANGKAN DAKI LEHER PALING BERKESAN
Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan? Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.
Berikut adalah petua menghilangkan daki badan paling berkesan yang seharusnya anda patut cuba, lagipun petua ini tersangatlah murah dan mudah di cuba.
Petua Menghilangkan Daki Badan Paling Berkesan :
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan, kemudian beras goreng itu di kisar. Tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah di bancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu di perapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika di amalkan seminggu sekali.
Mudah kan dengan petua menghilangkan daki badan paling berkesan di atas bukan? bahan-bahan yang di perlukan pun mudah sangat di dapati, kan dapur anda pun ada kan? So memang patutlah anda cuba.
PALING PANAS! 10 Sebab Paling Mengejutkan Mengapa Ramai Lelaki Malaysia Lebih Suka Menikahi Gadis-Gadis Indonesia
Ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap
Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.
Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.
“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.
“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya.
Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.
“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.
“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau.
ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran.
Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.
Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.
Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.
“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.
“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya.
Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.
(VIDEO & GAMBAR) Pelakon Zaman Kanak-Kanak yang Dahulunya Orang Tak Pandang, Sekarang Jadi Perhatian Ramai
Rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa dan kembali menyinari industri seni tanah air setelah lama ditinggalkan. Memang dulu selalu nampak kan?
Berikut beberapa info menarik tentang dirinya.
Filem Pisau Cukur & Talentime
Semasa kanak-kanak, Amelia Henderson ini pernah beberapa kali berlakon drama, filem dan teater. Antara yang paling diingati ialah menerusi filem Pisau Cukur dan Talentime arahan arwah Yasmin Ahmad.
Model kanak-kanak
Patutlah macam familiar je kan sebabnya masa kecil dulu wajahnya sering muncul di kaca TV dengan beberapa iklan. Malah acap kali juga menghiasi majalah sejak berumur 3 tahun
IQ 180
Bukan mahu terlalu memuji Amelia ini tapi hakikatnya dia memiliki IQ 180 dan disahkan Mensa, organisasi yang mengiktiraf golongan genius di dunia.
Kira bijak pandai juga lah dan tak mustahil sebab ibunya seorang dentist dari India manakala bapa pula arkitek berasal dari Scotland.
Drama terbaru, Keluarga Pontimau TV3
Selepas sekian lama tak muncul dengan drama, gadis ini tampil dengan drama terbaru Keluarga Pontimau menerusi TV3. Itu yang buat ramai tertanya-tanya, siapakah dia. Macam pernah nampak.
Penyampai radio & hos TV di beberapa rancangan Astro
Kahwini kerabat Diraja Kedah
Sekitar Ogos lalu, Amelia yang baru berusia 20 tahun ini baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan salah seorang kerabat Kedah iaitu Tunku Harun. Memang sama cantik sama padan.
BERDARAH HIDUNG PEDAS GILER AKHIRNYA MNASIR RESPON TUNTUTAN BIENDA AGAR MINTA MAAF KEPADA IBUNYA SHEEDA
Sebagai seorang juri, menjadi salah satu tanggungjawab kepada saya untuk memberi komen yang jujur agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan.
Kita manusia memang tidak pernah sempurna, namun kalau kesalahan yang jelas di mata awam, apakah kami sebagai juri terpaksa menafikan dan memberikan pujian. Bukankah ini akan dikatakan hipokrit.
Kami pula dibayar untuk komen dan kritik tentang persembahan, bukannya condemn tentang keperibadian seseorang. Jika kamu tidak mahu dikritik, maka tempat kamu bukan di dalam pertandingan. Hormat sebagai penyanyi veteran itu tetap ada, tapi saya tidak mahu menyembunyikan apa yang jelas.
Tidak perlulah mengatakan pada sebelah pihak sepertinya saya dan AC adalah pihak yang jahat dan bersalah. Kami bukannya tidak mengenali ibu anda. Sekarang siapa yang juri, awak atau saya. Kata M.Nasir kepada utusan Online.
Jika ada kesalahan dalam tutur bahasa kami, harap janganlah tersinggung dan menjadi seperti tipikal Melayu, macam mana melayu nak maju kalau kena kritik sikit sudah melalak satu Malaysia. Segala apa yang bernas itu harap dijadikan teladan, seandai buruk kata kami, harap jangan terasa dan kami mohon maaf itu adalah tugas kami.
[PANAS ] BIENDA TUNTUT M NASIR DAN AC MIZAL MOHON MAAF KERANA AIBKAN IBUNYA DI GEGAR VAGANZA 2
Sejujurnya pada malam Gegar Vaganza menampilkan penyanyi dangdut Sheeda menyanyikan lagu Tiada Lagi bersamaAweera, kami menonton Anugerah Skrin. Namun begitu, Gegar Vaganza 2 yang baru berlangsung juga tidak lari berdepan kontroversi kerana komen-komen juri iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal terhadap Sheeda pada malam itu yang dianggap oleh Bienda, anak Sheeda, sebagai mengaibkan ibunya.
Justeru, Bienda menuntut agar kedua-dua juri itu memohon maaf dari ibunya kerana baginya, komen mereka keterlaluan.
Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.
Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.
Bienda telah diminta oleh mStar Online untuk mengulas mengenai komen kedua-dua juri itu. Komen M. Nasir ialah putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess, seolah-olah memperlekahkan Sheeda yang memakai busana seperti seorang puteri raja.
Sebagai anak Sheeda, Bienda terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.
Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.
Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.
Bienda juga menggunakan kesempatan itu untuk meminta pengikut laman sosial berhenti menghina ibunya di media sosial seperti Instagram.Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.
Saya tidak faham orang yang sering menghentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.
Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial.
Sebelum ini Nabil selaku pengacara dikatakan memberi ulasan keterlaluan untuk program Gegar Vaganza, kali ini para juri pula memberi komen yang menyebabkan ada pihak terasa. Yang maintain cool dan humble Datuk Ramli MS juga. Mungkin juri-juri lain patut belajar sesuatu dari beliau.
[ SEBARKAN ] Ini Senarai Nombor Yang Bahaya Di Jawab Jika Anda Menerima Panggilan
Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081
Dikongsikan dari FB PDRM, PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu iaitu Panggilan +375, +371 Atau 081, yang mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih.
Berhati-Hati Dengan Panggilan +375, +371 Atau 081
Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali).
Panggilan +375, +371 Atau 081 boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates).
Panggilan +375, +371 Atau 081
Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.
Sumber imej Panggilan +375, +371 Atau 081 daripada Facebook 1Sabah
PANAS PANAS ADIK NEELOFA CETUSKAN KONTROVERSI DI FOTO FAZURA HINGGA TIMBULKAN KEKECOHAN
Tak faham betul dengan perangai sesetengah pihak yang gemar sangat nak melaga-lagakan orang ni. Kasihan adik si Neelofa tak pasal-pasal kena maki dengan pengikut dan peminat aktres Nur Fazura gara-gara menegur foto yang dimuat naiknya bersama rakan-rakan
Sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @ameerakhan812 telah mencetuskan kemarahan dan kontroversi peminat Fazura apabila cuba menegur aurat pelakon terkenal itu
Oleh disebabkan komen itu, ramai pengikut laman sosialnya itu mula membidas dan menghentam Ameera yang disangka adik Neelofoa itu dengan pelbagai kata-kata sinis.
Mungkin disebabkan kontroversi panas yang tercetus berkaitan Ameera sebelum ini, ramai yang mula mengenalinya.
Bagaimanapun, hakikat sebenarnya ia hanyalah fake account dari hamba Allah yang tidak bertanggungjawab. Kalau nak komen-komen artis pun tak payahlah nak menyamar jadi orang lain. Jadilah diri anda sendiri, ni tak pasal-pasal boleh mencetuskan pergaduhan. Kasihan pula kami dekat si Ameera ni, sampai si Neelofa pun turut terpalit.
Apa-apa pun komen balas Neelofa paling win! Sempat lagi dirinya cuba meninggalkan komen seolah-olah tidak mahu mengambil serius dengan isu hangat di ruangan komen fotonya
Nasihat dari kami, kepada yang gemar melaga-lagakan orang dan mengeruhkan keadaan insaf-insaflah dan pintu taubatnya terbuka luas bagi hambaNya yang ingin bertaubat.
Kepada mereka yang suka memaki tanpa usul periksa harap-harap ambil isu ini sebagai pengajaran. Tak pasal-pasal korang kutip dosa entah apa-apa, betul tak???Peace!!!!