Sikit Tapi Nak Ada Aset Masa Depan? Baca Tips Atur Kewangan Ini | Siapa tak nak hidup kaya? Siapa tak nak hidup diselimuti wang ringgit yang tak habis-habis? Siapa yang tak mahu goyang kaki dan tunggu duit datang sendiri kan?
Tapi, semua itu hanyalah mimpi apabila realitinya anda hanyalah rakyat marhaen yang makan gaji. Jadi, nak atau tak nak, anda harus atur kewangan supaya tak menyesal di kemudian hari. Nah, Naem Sallehuddin pun ada kongsi tips yang dipraktikkan!
Tips? Kewangan (Jimat Cermat dengan Kenderaan)
Amaran Keras!!! Ini hanyalah tips biasa-biasa.
Untuk golongan pendapatan rendah macam aku.
1. Pandai bezakan Kehendak atau Keperluan.
Contoh: Paling mudah. Kenderaan pergi balik kerja. Beli kereta Honda City ke Perodua Myvi.
Nak cantik-cantik ensem-ensem beli la Honda City. Kawan kiri kanan pun puji siap up “mesti kaye mamat/minah ni”. Padahal kalau nak di ikotkan pakai Myvi 2nd hand pun sudah memadai. Ambil spec paling rendah. Bulanan murah ajer. Tapi kena ada tapi “nanti orang kata”.
Myvi – 9 tahun. Bulanan ~RM500 Honda City – 9 tahun. Bulanan ~RM800
“Beza RM300 je.. baik kau ambik Honda City” kata kawan sebelah.
9 tahun. Boleh lah. Kalau yg baru kahwin tu. Habis bayar instalment, anak pun dah start sekolah rendah.
RM300 nampak macam sikit. Tapi cuba kita main kira-kira sikit.
RM300 x 12bulan x 9tahun = RM32,400
(Belum kira kalau simpan dalam ASB/TH compounded interest)
Korang rasa apa yang boleh korang beli kalau ada cash banyak tu?
Jawapan korang : Down Payment Kerta Honda kan?? Hahaha
RM32k boleh beli rumah flat (lelong) dan boleh disewakan dengan kadar RM200 keatas sebulan.
Atau extra RM300 guna untuk bayar bulanan beli Rumah Flat dengan harga 60k yang boleh disewakan RM400 keatas. Rumah korang dapat, lebihan aliran positif tunai korang dapat.
Kalau orang tanya aku.
Nak beli Perodua Myvi ke Honda City?
Dua-dua aku tak beli. Alasan aku **tiada kepentingan** sebab aku dah ada Perodua Kancil 850. Dulu masa belajar di UiTM Dungun, Tganu. Larat ajer KL-Dungun-KL.
Untuk memaksimakan simpanan harus ada pengorbanan.
1. Buang nafsu sikit
2. Ikat perut (biasa nampak sengkek)
3. Buang perkataan “nanti apa orang kata” sebab bila korang takda duit dan ada tunggakan bulanan pinjaman korang tu, belum tentu “nanti orang kata” tu tolong korang.
4. Pasang target. Berapa total yang korang nak ada dalam simpanan. Dalam tempoh berapa lama. **details**
5. Boleh bezakan Keperluan dan Kehendak.
Kisah Aku Sebelum DownGrade Perodua Kancil kepada Honda Wave.
Naik Perodua Kancil 850 ke tempat kerja.
1. Keluar rumah 7.00pagi sampai pejabat dalam 8.30pagi. Ada lah 1jam 30minit. Balik kerja lagi parah. Biasa lah jalan jem.
2. Tol. Hari-hari hadap tol. Kos dalam RM6.00 satu hari.
3. Parking RM6.00/hari.
4. Petrol. Biasa RM10.00/hari **average.
Bila aku buat kiraan.
RM6 + RM6 + RM10 = RM22/hari kos transport.
Bulanan RM22 × 20hari = RM440/bln
Tahunan RM440 x 12bln = RM5,280/tahun
Jadi aku ambil langkah untuk mengurangkan kos dengan down grade kepada motor. Tapi ambil kiraan 6bulan kos transport.
RM440 x 6bulan = RM2,640
Ni je harga motor yang aku boleh beli.
Buat reseach sikit. Dapat beli Honda Wave
cash RM2,400 OTR.
Dalam masa 6 bulan dah cover saving yang aku guna untuk beli motor cash.
Ulang balik kerja petrol baru RM2.00.
Jadi aku berjaya jimat lebih kurang RM400 sebulan. Setelah down grade dari Perodua Kancil kepada motor Honda Wave.
Korang macam mana??
“Tepuk dada tanya selera”
0 comments:
Post a Comment