Terkadang bukanlah kerana paras rupa, tapi kerana karisma atau perwatakan si dia.
Menerusi The Vocket, kami kongsikan 6 petanda yang bertebaran di sekeliling anda yang memungkinkan love is in the air kini.
1. Si dia sering kali datang ke meja anda, cuba mencari sebab dan alasan untuk berbual dengan anda. Dia juga cuba untuk mencari topik yang boleh dibualkan bersama anda terutama di waktu rehat.
2. Si dia sering kantoi kerana anda berjaya tangkap dia yang sedang merenung anda. Mungkin anda rasa berdebar tapi diwaktu yang sama rasa seronok pun ada. Eh, kiranya anda tak bertepuk sebelah tangan lah.
3. Rakan sepejabat selalu minta pendapat anda untuk masalah kerjanya, padahal tidaklah besar mana pun masalah tu. Biasalah, dia kan sedang cari alasan untuk bersembang dengan anda sambil cuba dapatkan perhatian.
4. Sebolehnya mahu rehat dan lunch bersama. Belum lagi jika pejabat anda anjurkan majlis makan malam tahunan, acara lawatan tahunan dan kursus. Semuanya jika boleh mahu semeja dan satu kumpulan dengan anda.
5. Sering memuji hasil kerja anda. Pendek kata semuanya betul lah. Tapi jika dia boss, mungkin anda tetap ‘kena’ bila buat salah, cuma intonasinya tidak lagi sekeras dulu.
6. Dah habis waktu pejabat dan dah balik ke rumah pun si dia masih cuba hubungi anda melalui whatsapp atau cara komunikasi lain. Mungkin hanya dengan menghantar emoticon atau sekadar gambar, tapi diwaktu yang sama memberikan bayangan bahawa si dia mengambil berat tentang anda.
Jadi bagaimana? Adakah tanda-tanda di atas sedang anda alami?
Atau jika anda jenis kurang ambil kesah, kemungkinan besar terpaksalah si dia gunakan rakan baik anda di pejabat untuk memberitahu niatnya.
Atau jika sudah banyak kali anda bagi ‘hint’ tapi masih juga si dia tak faham, salah satu cara paling mudah adalah share saja artikel ini padanya dengan ‘caption’ – tolonglah buka pintu hati mu.
Asalkan tak jatuh cinta pada suami atau isteri orang sudah lah. Haha!
0 comments:
Post a Comment