Ini Senarai Tambang Baharu KTM Komuter Mulai Bulan Depan
Kuala Lumpur – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM komuter berkuat kuasa 2 Disember ini.
Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, kenaikan itu melibatkan sektor Lembah Klang iaitu dari laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Katanya, kadar tambang sehala yang baharu meningkat kepada RM7.10 atau 4 sen bagi setiap kilometer berbanding bayaran sedia ada.
“Perlaksanaan struktur tambang baharu ini akan memberi kelebihan kepada mereka yang menggunakan KTM komuter untuk perjalanan jarak jauh kerana tambangnya lebih murah berbanding jarak dekat,” katanya pada sidang akhbar tentang Makluman Struktur Tambang Baharu Perkhidmatan KTM Komuter di Stesen KL Sentral.
Sarbini turut mengumumkan diskaun 50% kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi sama seperti warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah pula tiada sebarang bayaran dikenakan dan kali terakhir pelarasan tambang KTM komuter dilakukan adalah pada Februari 2003.
0 comments:
Post a Comment