Tuesday, 3 November 2015

Filled Under:

PANAS : ZAHIRAH MACWILSON SERAH SOAL CINTA KEPADA ZUL ARIFFIN



PANAS : ZAHIRAH MACWILSON SERAH SOAL CINTA KEPADA ZUL ARIFFIN


Tersebarnya gambar yang dikatakan pasangan ini berpegangan tangan di internet membuatkan ramai tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar di antara pelakon Zul Ariffin dan juga Zahirah MacWilson.


Apa sahaja boleh berlaku. Tanyalah kepada Zul untuk mengetahui lebih lanjut. Asyik saya sahaja yang ditanya tentang isu ini. Saya memang tidak akan komen perihal peribadi. Kalau boleh tidak mahu kongsi apa-apa cerita tentang cinta

Apabila cerita ini keluar, saya anggap biasa sahaja. Ia perkara kecil dan saya perlu menghadapinya. Apa lagi boleh saya buat? jelas Zahirah kepada portal Mangga Online. Sebelum ini Zahirah pernah menyatakan bahawa dia dan juga Zul hanyalah kawan rapat.


Selain itu Zahirah juga pernah menjelaskan bahawa dia juga selesa bersama dengan Zul, bagaimanapun masih menyatakan mereka hanyalah kawan.

Pastinya ramai peminat tertanya-tanya apakah jawapan daripada Zul Ariffin nanti lebih-lebih lagi ada yang turut bersimpati dengan kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai jika benar Zahirah dan juga Zul menjalin cinta. 




0 comments:

Post a Comment