Tanpa Isteri Sedari, Inilah 7 Perkara Kecil yang Boleh Buat Suami Kecil Hati
7 Perkara Kecil yang Boleh Buat Suami Kecil Hati Dengan Isteri Tanpa Disedari | Puan-puan sekalian, kita perlulah berhati-hati dengan cara bagaimana kita menjaga suami dan perkahwinan. Jangan biarkan perkara kecil merosakkan sesuatu yang memberi kebahagiaan yang besar dalam hidup kita.
Suami kecil hati
Kami senaraikan beberapa perkara yang para isteri mungkin lakukan tanpa sedar. Dan perkara ini boleh membuatkan suami kecil hati. Mungkin juga boleh memusnahkan rumahtangga!
1. Hidup dalam keadaan di luar kemampuan anda
Seorang wanita tua yang bijak menasihatkan: “Perkara terbaik yang anda sebagai seorang isteri boleh lakukan adalah dengan hidup dalam kemampuan suami”.
Wahai para isteri, tunjukkanlah penghargaan dan hormat terhadap suami anda dengan berhati-hati menguruskan bajet dan gunakan apa yang ada sebaiknya. Uruskanlah kewangan dengan bijak.
Selalu mengeluh kerana tidak mempunyai cukup wang untuk memenuhi kehendak diri atau berhutang dengan banyak menggunakan kad kredit adalah cara yang teruk untuk mengucapkan ‘Terima kasih’ kepada pasangan yang telah bekerja keras setiap hari untuk menyara keluarga.
Ya, anda mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk membeli handbag jenama Coach yang anda inginkan bertahun-tahun, tetapi suami anda akan lebih menyayangi dan menghargai anda kerana anda menerima apa yang mampu dia berikan.
2. Sentiasa bersifat negatif pada suami
Anda bencikan rambut anda, anak sepahkan mainan dan rumah yang berselera. Belum lagi meluat dengan perangai jiran depan rumah anda dan juga rakan sekerja yang kurang bijak.
Sebaik sahaja suami anda melangkah masuk dalam rumah, anda segera memberitahu dan membebel mengenai perkara-perkara negatif dan kemarahan yang dipendam sepanjang hari.
Mampukah anda bayangkan beban yang terpaksa ditanggung? Lelaki suka membetulkan sesuatu, dan jika sering dibayangi oleh segala rungutan, adalah susah baginya untuk menyelesaikan masalah anda.
Satu perkara yang semua orang perlu tahu dalam melayari bahtera perkahwinan, seorang lelaki mahukan isterinya gembira.Namun, jika dia tidak mampu memberikan kegembiraan tersebut, ini akan membuatkannya tidak gembira.
Tidak mengapa jika anda mengalami hari yang teruk sekali sekala, tetapi jangan jadikannya satu kebiasaan. Kalau betul-betul mahu cerita, cuba urut-urut suami dulu. Mesti dia dengar punya!
3. Mendahulukan benda yang lain selain suami
Apabila anda meletakkan anak anda, ibu, kawan baik, bakat atau kerjaya lebih utama dari suami anda, ini menunjukkan mesej yang jelas bahawa suami anda tidak penting. Bayangkan mesej ini disampaikan kepada anda setiap hari selama bertahun-tahun. Apa akan jadi pada harga diri anda?
Utamakan suami anda terlebih dahulu
Walaupun kadang-kadang ianya kelihatan melawan gerak hati dan tidak produktif, saya rasa anda akan menjumpai kunci kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga. Begitu banyak pasangan yang bercerai pada masa kini kerana mereka mengabaikan penjagaan dan kasih sayang untuk suami dan tidak mengutamakan pasangan mereka.
4. Tidak memberi suami makan dengan air tangan sendiri
Mulut suami tentu akan kata, “Eh, abang tak kisah pun. Abang tau ayang penat. Kita bungkus aje lah ye”.
Itu keluar dari mulut dia, tetapi hati suami kata lain. Lambat-laun, dia akan rasa jemu dan jelak dengan makanan luar. Ini mungkin boleh buat suami ‘makan luar’ betul-betul.
5. Menolak ajakan suami ke katil
Lelaki amat mendambakan dan menginginkan kemesraan fizikal bersama isterinya. Apabila anda sering menolak untuk bermesra, suami akan kecewa.
Seks bukanlah suatu alat untuk mengawal pasangan anda; ia patut dilihat sebagai suatu cara untuk anda mendekati antara satu sama lain. Benda sedap, kenapa nak tolak?
Kasih sayang dan mengasihani merupakan satu rahmat dalam hidup berumahtangga. Seorang suami yang romantik selalu ingin berkongsi sesuatu hanya dengan isterinya. Walaupun anda tiada mood, buat-buatlah rajin layan dia. Suami kalau boleh, mahu hari-hari!
6. Tidak bercakap dalam bahasanya
Perempuan suka memberikan ‘hint’. Mungkin kerana ia memang sudah sedia ada dalam DNA seorang perempuan. Tetapi lelaki tidak faham. Dan itu sememangnya ada dalam DNA mereka!.
Jangan buang masa anda memberikan hint yang tidak jelas yang dia tidak fahami. Berterus teranglah dengan dia dan jujurlah dengan perasaan anda. jika dia tanya “Kenapa?”, jangan membalas dengan “Tiada apa-apa”
Dan kemudian mengharapkan dia dapat membaca apa yang ada dalam fikiran dan emosi anda. Berterus teranglah mengenai perasaan anda. Bila suami kecil hati, susah juga.
7. Mengarah suami buat kerja, on the spot
Katakan suami sedang layan Astro, sambil kakinya bersilang. Nampak sungguh dalam keadaan rehat. Sedangkan isteri sibuk di dapur. Tentu sekali isteri rasa ‘panas hati‘. Mulalah mahu bagi suami kerja.
“Bang, tolong buang sampah tu, dah penuh”. Dengan yakin sekali, jawapan yang biasa kita dengar ialah, “Kejap, nanti dulu. Nanti abang buat la. Nak tengok cerita ni kejap”.
Bila sudah marah, isteri dengan muka muncung akan buang sampah itu, sambil lalu menonong depan suami. Tentu sekali suami kecil hati.
Ingat, suami bukannya tidak mahu buat. Dia akan buat. Kalau dia kata mahu repair paip atau wiring, dia akan buat. Cuma mungkin 6 bulan lagi!
Akhir kata
Apa yang dapat disimpulkan, bukannya susah nak jaga ‘laki‘. Cuma ada dua benda sahaja iaitu jaga perutnya dan jaga ‘bawahnya‘. Itu sahaja!
Jika dia ‘kenyang‘ kedua-duanya, pasti tidak akan marah-marah dan berkecil hati.
Mudah bukan?
0 comments:
Post a Comment