Saturday, 7 November 2015

JOM TENGOK : 10 Cuti Umum 2016 Yang Panjang





JOM TENGOK  : 10 Cuti Umum 2016 Yang Panjang


Diam tak diam. Kita dah hampir ke penghujung tahun 2015. Pasti ramai yang sedang merancang percutian untuk tahun 2016. Mummy pun macam tu, cuti tahun tidak banyak mana. Nak kene merancang cuti sebaiknya. Terutama cuti di Bulan Syawal. Nak raya katanya!!

Mengikut tentatif ini, Raya Aiditri kemungkinan besar jatuh pada 6 dan 7 Julai 2016 - Rabu dan Khamis. Alhamdulillah hanya perlu ambil beberapa hari tahun. Jimat cuti tahun.

Cuti Tahun Baru Cina pun agak panjang. Boleh juga merancang aktiviti berjalan.
Bagaimana merancang cuti anda sendiri?
Assalamualaikum :)


Cara Merancang Percutian bersama BasilHibiscus :

Dah masuk post yang keberapa entah, baru perasan yang kami tak pernah lagi berkongsi cara merancang percutian. Asyik membebel panjang pasal tempat tu, tapi kalau tak tahu cara merancang pon susah jugak kan?

1) Tujuan
Baiklah, bila orang tanyakan kepada kami, "macam mana nak rancang percutian eh?". Kami lebih gemar untuk bertanya kembali, "apa yang awak nak dari percutian tu?"

Ya! Pertama sekali yang awak perlu tahu sebelum memilih destinasi adalah tujuan ke tempat tersebut. Of courselah orang bercuti untuk merehatkan minda dari segala kekusutan dan keserabutan, tapi jika hanya itu yang menjadi sebab anda memilih destinasti percutian, jujur kami katakan, agak rugi sebenarnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi disamping mahu merehatkan minda, anda perlu decide, adakah anda memilih satu destinasi itu kerana inginkan tahu lebih mengenai sejarah ketamadunan? kecantikan alam sekitar? shopping? kemodenan? 

Setelah tahu matlamat percutian anda, barulah boleh kecilkan skop dan pilih destinasi!

"Tapi saya nak pergi banyak2 negara!" Kalau macam tu, hmm, kami nasihatkan, pilih prioriti terlebih dahulu.

2) Backpack/begtarik/lenggang

Perkara ni juga penting dalam menentukan perkara-perkara seperti bajet. Sesetengah penerbangan mengenakan bayaran yang asing jika anda ingin memasukkan bagasi ke dalam kargo (bonnet kapal terbang) . Tapi sebaiknya anda hati2 kerana penerbangan biasanya sangat ketat dalam isu ini.




3) Cara nak ke sana.

Cara paling mudah untuk sampai ke satu tempat sekarang ni semestinya dengan menaiki kapal terbang. Tapi banyaklah pulak penerbangan yang ada dekat bumi ni! Nak pilih mana satu ni? Satu cara mudah adalah dengan menggunakan agent internet. Tapi kami nasihatkan jangan gunakan agent untuk membeli tiket penerbangan! Kami sendiri hampir ditipu beratus-ratus Euro! Tapi alhamdulillah setelah  banyak kali mendesak agent yang terbabit, duit dikembalikan.

HANYA GUNAKAN AGENT UNTUK TENGOK PENERBANGAN!! BUKAN PEMBELIAN!!!

Dengan menggunakan agent internet, kita dapat tahu syarikat mana yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi terbabit, dan juga harga. Setelah tahu itinerary pilihan, barulah membuat pembelian terus dengan syarikat penerbangan menerusi laman web rasmi.

Jika destinasi anda memerlukan anda untuk menaiki jalan darat atau jalan laut, adalah lebih mudah jika semak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Jalan mudah: Google. 

3) Buku travel

Buku travel bukanlah perkara yang wajib ada. Tapi buku travel sangatlah membantu. Sebagai contoh, sewaktu di Sarajevo, kami ingin ke "Tunnel Museum" yang letaknya sangatlah jauh dan tak tersampai jika hanya ingin menaiki tram. Laman-laman web pula lebih kepada mempromosikan pakej tournya. Perkara ini diceritakan dengan teliti di dalam buku travel kami.

Jika anda ingin berjimat, tidak perlu beli buku travel yang baru, banyak buku travel edisi lama yang sudah dimuat turun ke Google Books. Itu pon jika anda tak kisah edisi lama. Edisi lama yang masalahnya adalah apabila jalan2 baru sudah dibina, pengangkutan yang bertambah atau dibatalkan.

Jika anda mempunya ebook reader/iPad/Tab/Note bla bla bla, gunakannya sepenuhnya!!! Kebanyakan buku travel turut menjual versi pdf yang lebih murah!

lebih mudah dengan versi Pdf!! credit
4) Bajet

Ini sangatlah penting kerana no money no travel. Untuk merancang cuti anda, lihatlah pada bajet yang anda miliki. Anda diberi dua pilihan, merancang cuti mengikut bajet atau berjimat dan mengumpul duit untuk bercuti. Kami prefer kepada pilihan yang kedua kerana ianya lebih teratur dan terancang. Kalau boleh, dah letak perancangan awal bila dan di mana anda hendak bercuti supaya kita dapat mengawal nafsu kita daripada berbelanja lebih-lebih di kala mega sale yang ibarat tumbuh selepas hujan!


5) Travel Forum

Terdapat banyak forum yang mengisahkan tentang percutian-percutian di seluruh negara.
Kami bukan forum :) tapi dialu-alukan untuk bertanya sebarang kemusykilan. 

Dengan berforum, anda boleh bertanya sebarang kemusykilan. Mungkin itinerary yang anda rancang, berbeza sedikit dengan kebanyakan orang telah pergi, makanya, bolehlah utarakan masalah anda. InshaAllah, akan ada orang yang membantu :) Biasanya, pengembara akan memahami masalah yang dihadapi oleh pengembara yang lain! 


6) Masa dan Musim

Jika anda yang tidak tahan dengan musim sejuk seperti mengalami cyanosis yang sangat kronik jika bermain salji, kami sarankan anda pergi ke negara yang iklim sederhana seperti Malaysia(?), Jordan, Mesir, Indonesia, Thailand dan mana-mana negara yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa. 

"Tapi, nak pergi UK, Europe semua tuuu!!". tiada masalah, kerana anda boleh pergi negara-negara ini pada musim panas atau bunga.


Apapun, terpulang pada anda. Yang penting, jangan ponteng kelas ataupun kerja! Mengembara ini hanyalah hobi sampingan. Jangan abaikan tanggungjawab anda yang lebih utama kepada keluarga, penaja(?), agama dan negara! :)

7) Penginapan

Penginapan juga bergantung kepada budget anda. Jika budget anda rendah, maka jangan fikirlah pasal hotel mahal-mahal kan. Tapi, masih banyak pilihan buat mereka yang lebih suka memilih percutian bajet rendah seperti hostel dan hotel murah. Hostel yang berbentuk dorm sangat sesuai untuk mereka yang mahu berjimat sambil buat kenalan baru. Dari berkenalan di dorm, boleh terus berkawan walaupun habes percutian!!


Sesetengah hotel atau hostel juga menawarkan penginapan sambil star-gazing. Harga yang lebih murah sambil menghirup udara segar! Camping juga satu pilihan yang menarik! Tapi jangan risau, biasanya penginapan seperti ini disediakan locker, tandas dan juga bilik mandi. 




0 comments:

Post a Comment